4th Women & Sport Award Dinner 2006      
         
  Date : 28th July 2006, Friday
Time : 8.00 pm – 11.00 pm
Venue: Istana Hotel

Estimated participants : 500 pax
 
     
  Objective  
     
  The 4th Women & Sport Award Dinner is held in conjunction with the OCM Women & Sports Award

The objective of the Awards is to give recognition to any person, whether individual or body corporate, who has significantly, outstandingly and positively promote, develop and advancement of women in any sport and/or any sport-related activities in Malaysia. Many women coaches/administrators and official work at grassroots level but their work may have gone unrecognised.
 
     
  Guests  
     
  i. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
ii. Y.Bhg. Datuk Azalina Dato’ Othman Said
iii. Invited Guests
iv. Sponsors representatives
v. Media representatives
vi. Association, federation, agency representatives
 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
  Letter From The Chairperson, Women & Sport Committee  
     
  Bil. Surat: OCM/ADMIN/W&S/08/6/2/Vol.4(d-4)

28hb Mac 2006

Kepada

1) Semua Setiausaha Kehormat Persatuan Sukan Kebangsaan Gabungan MOM
2) Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
3) Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia
4) Pengarah, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
5) Pengarah Sukan/Pegawai Sukan Kanan, Universiti-Universiti di Malaysia
6) Pengarah, Majlis Sukan Negeri-Negeri
7) Pertubuhan Badan-Badan Sukan Wanita

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MALAM ANUGERAH WANITA DAN SUKAN MOM KE-4, 2006

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Wanita Dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia akan mengadakan Majlis Makan Malam Ke-4 bersempena dengan Malam Anugerah Wanita dan Sukan 2006. Maklumat lanjut majlis tersebut adalah seperti di bawah:

Tarikh : 28hb Julai 2006, Jumaat

Masa : 8.00 malam – 11.00 malam

Tempat : Istana Hotel


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung, Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid telah sudi mencemar duli berangkat menghadiri Majlis tersebut sebagai Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan Anugerah Wanita dan Sukan. Turut hadir pada malam yang berprestij ini adalah Y.B. Datuk Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan.

Oleh yang demikian, MOM dan Jawatankuasa Wanita dan Sukan, dengan sukacitanya menjemput Jabatan/Agensi Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menempah satu meja (untuk sepuluh orang) berjumlah RM400.00 setiap meja. Pihak MOM juga berharap sekiranya boleh, 50% dari ahli yang akan hadir terdiri daripada wanita.

Bersama ini disertakan Borang Jawapan untuk dipenuhi dan dikembalikan ke pejabat OCM pada atau sebelum 3hb Julai 2006 beserta dengan cek/Wang pos. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Salmah Abd Malek di talian 03 – 2715 2802/03/04 dan faks di talian 03 – 2715 2801.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap jika Jabatan/Agensi Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan akan memberi sokongan serta kerjasama yang padu di dalam memeriahkan lagi Majlis Malam Anugerah Wanita dan Sukan MOM 2005.

Sekian. Terima kasih.

“Majulah Sukan Untuk Negara”

Yang ikhlas,

LOW BENG CHOO
Naib Presiden MOM dan
Pengerusi Jawatankuasa Wanita Dan Sukan MOM
 
 
  Download reply form here. Ms Word Format / PDF Format (right click save target as..)  
 

 

 
     


Women & Sport (Olympic Council Malaysia)
Mezzanine Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +603 - 2715 2802 Fax : +603 - 2715 2801
Contact Person : Puan Salmah Yusof Email : salmah@olympic.org.my Website : http://women.olympic.org.my

 

 

 

 


©2006 Women & Sport